PANAS! Anak Tiri Maria Farida Dedah Sikap Buruk Maria Farida Lepas Kahwin Dgn Bapa Mereka. Kesiannya...





KUALA LUMPUR, 3 Jan — Anak tiri Maria Farida kecewa pelakon sensasi itu berubah sikap dan mengabaikan adik-beradiknya selepas berkahwin dengan bapanya Datuk Rahman Shakur.

Nurshazleen Anis, 28, berkata pada mulanya Maria melayan mereka dengan baik tetapi berubah selepas berkahwin sehingga hidup mereka adik-beradik menjadi porak-peranda dan terbiar.

“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.

Daripada adik-beradik, saya dapat tahu papa terlalu marah dengan saya tetapi saya tidak tahu apa puncanya,” katanya kepada akhbar Berita Harian.

“Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri.

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami.”

Selain Wan Nathasha yang berusia 22 tahun, Shazleen masih mempunyai adik-adik remaja: Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6.

Shazleen juga mengaku dirinya sebelum ini dihasut untuk memburukkan ibunya, Karen Rahman, 44, melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan.

Katanya, dirinya juga kesal kerana termakan hasutan tentang cerita ibunya berkelakuan buruk dengan keluar berhibur hujung minggu.

“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy [Karen] yang sentiasa mengambil berat.

“Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” katanya.

Maria Farida menamatkan zaman jandanya lebih 10 tahun apabila berkahwin dengan Rahman pada November tahun lalu.

Pelakon drama “Dhia Sofea” itu mempunyai seorang anak lelaki Mizan Ashley, 19, hasil perkahwinan terdahulu.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/maria-farida-dan-bapa-berubah-selepas-kahwin-keluh-anak-tiri#sthash.zsSEQ26O.dpuf
PANAS! Anak Tiri Maria Farida Dedah Sikap Buruk Maria Farida Lepas Kahwin Dgn Bapa Mereka. Kesiannya... PANAS! Anak Tiri Maria Farida Dedah Sikap Buruk Maria Farida Lepas Kahwin Dgn Bapa Mereka. Kesiannya... Reviewed by AAA on 22:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.