Selepas Puas Dipujuk, Dato Siti Akhirnya Mendedahkan Punca Sebenar Kandungannya Gugur




Selepas Puas Dipujuk Akhirnya Dato Siti Dedah Penderitaan Yg Beliau Alami Hingga Mengalami Keguguran
Ya Allah. Tak sangka. Kesian sangat dengan Dato Siti. Tabah betul hati dia. Sama-sama kita doakan Dato Siti


L

Awal Disember lalu industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Biarpun pada awalnya khabar gembira itu sudah heboh diperkatakan sejak awal November, Siti bagaimanapun belum bersedia berkongsi perkara terbabit.

Menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Ilahi dan ujian buatnya, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa ini tetap reda.

“Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini.

“Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya.

Menurut Siti, kurang rehat ialah antara sebab dia mengalami keguguran.

“Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami.

“Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya,” katanya.

Tambah Siti yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 21 Ogos depan, dia dan suami tidak pernah berputus asa bagi memiliki zuriat sendiri.

“Doakan semoga selepas ini lebih cepat . Menurut doktot kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat.

“Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa,” katanya.

Menjalani tempoh berpantang seperti wanita lain, Siti kini dalam proses mengembalikan bentuk badannya.

“Diakui selepas mengalami keguguran, badan saya kelihatan berisi. Insya-Allah, selepas ini saya akan kembali menjalani rutin senaman seperti biasa,” katanya.

Jadi insan lebih baik

Melangkah ke tahun baru 2016, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini masih tidak berganjak dari azam sebelumnya.

“Azam saya tahun ini sama saja iaitu mahu menjadi insan yang lebih baik, berperanan dan me­nyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya juga mengharapkan agar kerjaya dan perniagaan dapat berjalan dengan baik selain setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya, Insya-Allah,” katanya.

Berkenaan kerjaya nyanyiannya, Siti dalam perancangan menghasilkan single dan album baru.

“Tahun ini genap 20 tahun saya dalam industri seni. Selain lagu dan album baru, saya juga berharap dapat mengadakan sebuah konsert berskala besar. Itu pun jika ada rezeki dari segi penajaan.

“Setiap tahun seboleh-bolehnya saya mahu memberikan sesuatu kepada peminat. Saya mengambil apa peluang yang datang dahulu dan saya berharap dapat merealisasikannya,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104261#sthash.XWI0i9Wp.dpuf
Selepas Puas Dipujuk, Dato Siti Akhirnya Mendedahkan Punca Sebenar Kandungannya Gugur Selepas Puas Dipujuk, Dato Siti Akhirnya Mendedahkan Punca Sebenar Kandungannya Gugur Reviewed by Huzairi h2m on 09:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.