MIERA LEYANA BERI AMARAN, BENGANG DENGAN KENYATAAN AFIQ MUIZ?
Kenyataan bercanggah? Afiq Muiz syok sendiri? Pelakon Miera Leyana memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam.
Pelakon Miera Leyana memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam kisah cinta fantasi pelakon lelaki itu.
Miera berkata, Afiq seharusnya meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan yang tidak berasas itu.
Jelas Miera lagi, hubungan antara mereka hanyalah sekadar rakan industri dan dia mempersoalkan mengapa Afiq mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Malah, Miera juga memaklumkan, dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun dia enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak masuk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Afiq dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita, mendedahkan status hubungannya bersama Miera adalah lebih daripada sekadar teman rapat, selain mengakui amat mencintai pelakon itu.
Menurut Afiq, dia mula menjalin hubungan intim dengan Miera ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya untuk terbitan Astro.
Mengulas lanjut, Miera yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi, tidak mahu lagi mencalarkan nama baiknya dengan gosip murahan.
“Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau boleh saya tak mahu mengulangi kesalahan yang sama. Saya harap semua pihak memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan,” katanya.
MIERA LEYANA BERI AMARAN, BENGANG DENGAN KENYATAAN AFIQ MUIZ?
Reviewed by AAA
on
19:06:00
Rating: